Gerbang Selatan Bersepadu
Gerbang Selatan Bersepadu

Gerbang Selatan Bersepadu

Koordinat: 1°27′49″N 103°45′51″E / 1.46361°N 103.76417°E / 1.46361; 103.76417Gerbang Selatan Bersepadu (Jawi: ݢربڠ سلاتن برسڤادو) ialah Projek Nasional Malaysia dan dikendalikan oleh JKR Malaysia yang merangkumi pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Jambatan Tanjung Puteri yang menggantikan Tambak Johor di sebelah Malaysia dan stesen keretapi JB Sentral di Johor Bahru, Johor. Projek ini telah dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya dan Gerbang Perdana Sdn Bhd.Projek bernilai RM2.5 bilion ini dijangka akan menjadi sebuah mercu tanda pintu masuk antarabangsa, penyelesaian masalah kesesakkan lalulintas di Johor Bahru dan membawa pelbagai manfaat kepada negara.Walau bagaimanapun, projek penggantian Tambak Johor oleh Jambatan Tanjung Puteri dibatalkan pada 12 April 2006 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi.